24
May
09

Penubuhan Kluang Mall dan Kumpulan A & P

Kluang-Mall-Night-View Autrium 2IMG_7470

Setelah berhempas pulas selama hampir setahun, akhirnya Kluang Mall dengan rasminya telah dibuka kepada penduduk-penduduk di daerah Kluang pada tanggal 24hb Disember 2008. Pada hari pertama pembukaan Kluang Mall, lebih dari 50,000 orang telah membanjiri Kluang Mall.Ini adalah diluar dari jangkaan pihak pengurusan Kluang Mall, malah kami juga menyatakan rasa terharu terhadap sambutan yang telah diberikan oleh penduduk-penduduk di Kluang mahupun di luar dari daerah Kluang.

Pelbagai acara telah diatur pada hari pertama pembukaan, dan ini membuatkan keadaan di Kluang Mall bertambah gamat dengan kehadiran maskot-maskot,badut dan macam-macam lagi aktiviti yang telah dirancang sebelum pembukaan lagi. Pihak Pengiklanan dan Promosi,Kluang Mall berusaha dengan keras dan gigih sebelum pembukaan Kluang Mall lagi demi untuk menarik penduduk-penduduk di Kluang untuk berkunjung ke Kluang Mall ini. Dan sehingga ke hari ini juga, pihak Pengiklanan dan Promosi Kluang Mall masih lagi giat menganjurkan apa-apa jua acara samada dari sektor kerajaan,swasta ataupun acara yang di rancang sendiri oleh kami.

Kami dari Pihak Pengiklanan dan Promosi juga menawarkan pakej harga yang paling terbaik untuk mana-mana sektor kerajaan dan swasta yang berminat untuk menganjurkan apa-apa jua acara atau aktiviti di Kluang Mall. Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda ke Kluang Mall. Di samping itu juga,kami menyediakan kemudahan-kemudahan seperti ruang pentas yang luas, dewan pameran,  kerusi banquet, kerusi vip, kerusi plastik, rostrum, meja banquet, set lengkap P.A System dan Audio Visual, Pengacara Majlis (Emcee) dan pelbagai kemudahan lain pada harga yang amat berpatutan sekali yang tidak terdapat dari mana-mana shopping mall yang lain.

Pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan dengan jayanya seperti ;

  • Pameran Kerjaya oleh Jabatan Tenaga Kerja,Kluang.
  • Pameran Pendidikan oleh Jabatan Pendidikan Daerah Kluang.
  • Peraduan Mewarna melibatkan 600 orang kanak-kanak Tabika.
  • Pameran Lukisan oleh Sekolah Chung Hwa.

Kami juga mengutamakan kepuasan pada setiap agensi kerajaan atau swasta yang ingin mengadakan aktiviti di Kluang Mall. Kumpulan Pengiklanan & Promosi kami telah di latih dengan profesional untuk mengko-ordinasikan sesuatu acara itu menjadi paling hebat dan yang paling baik diantara yang terbaik. Itu janji kami pada anda…….


6 Responses to “Penubuhan Kluang Mall dan Kumpulan A & P”


  1. 1 rafizazwan
    May 25, 2009 at 6:56 am

    wah kelasssssss!!

  2. 2 suzy
    May 25, 2009 at 8:40 am

    Good started Mr Dafi…keep it up.I’ll update u with the CARI Forum thread for Kluang Mall later…da………

  3. 3 ardan
    May 26, 2009 at 9:30 am

    Great job Kluang Mall… having this blog is a sign of better things to come… With stronger and bigger budget for A&P Kluang Mall will definitely be a success… Congratulations!!!!

  4. 4 gumanjie99
    June 15, 2009 at 5:01 am

    Wah! Wah! Wah!
    Tengok dr luar mcm besa jer..dah masuk dalam baru tau ek??

  5. 5 gumanjie99
    June 15, 2009 at 5:02 am

    syabas rafiz……………

  6. 6 AK
    June 19, 2009 at 8:10 am

    Good Job Kluang Mall !! Keep it up and together gether we upgrade Kluang living standard !!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


May 2009
M T W T F S S
    Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

%d bloggers like this: