kluang-mall1

Pusat membeli-belah yang menjanjikan keutamaan keselesaan dan keperluan seisi keluarga. Kluang Mall merupakan projek pembangunan bandar yang terbesar dan terunggul di Kluang menawarkan kelainan yang amat berbeza dengan pusat membeli-belah yang sedia ada.

Pembinaanya akan meningkatkan lagi kualiti gaya hidup masyarakat Kluang. Kluang Mall terletak di lokasi yang strategik akan memberi peluang perniagaan dan menjadi inspirasi semua penduduk di Kluang.

Rekabentuk Kluang Mall yang menyediakan ruang legar dan atrium yang amat luas sesuai untuk menganjurkan segala persembahan, pameran, pelancaran produk baru dan aktiviti sosial yang lain seperti jualan mega karnival, tawaran hebat perayaan dan sebagainya.

Pembinaan komplek dengan infrastruktur yang moden ini merupakan aset dan tarikan yang memenuhi citarasa dan pilihan setiap pengunjung. Kluang Mall yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti panggung wayang, pusat bowling dan aneka rangkaian tempat makan untuk pengunjung menjamu selera. Kepelbagaian fungsi pusat membeli-belah membolehkannya memenuhi kehendak dan citarasa semua golongan masyarakat.

Bertepatan dengan tema ‘Shop Like A City’, Kluang Mall dipenuhi dengan 150 ruang niaga yang memberi lebih banyak pilihan kepada para pengunjung untuk membeli-belah. Penyewa-penyewa besar seperti Pacific Hypermarket and Departmental Store, Popular Book Store, Secret Recipe dan lain-lain lagi juga memandang tinggi terhadap pasaran di Kluang dan telah membuka cawangannya di Kluang Mall.


0 Responses to “Sinopsis”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




December 2016
M T W T F S S
« Jun    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

%d bloggers like this: